top of page

Selamat Datang Ke Laman Web Masiran Farm

Terima kasih kerana memilih untuk melawat laman web kami. Di sini, kami akan melakukan yang terbaik untuk menyampaikan maklumat terkini stok ternakan dari ladang kami serta info-info menarik dan berguna bagi peminat ternakan unggas. Sebelum ini, kami menggunakan Blogspot sebagai platform utama kami untuk menyampaikan segala informasi yang berkaitan dengan ternakan dan ladang kami. Namun begitu, kami telah membuat keputusan untuk berpindah ke platform yang baru yang lebih ringkas dan mudah dikendalikan berbanding platform sebelum ini. Laman web ini juga mampu diakses bukan sahaja melalui komputer, bahkan peranti kecil lain seperti telefon pintar. Laman blog sebelum ini (https://masiranfarm.blogspot.com/) masih lagi boleh diakses jika anda ingin mengetahui maklumat-maklumat lama yang telah kami war-warkan. Dalam blog laman web ini juga telah kami terbitkan beberapa artikel terpilih daripada laman blog yang lama buat pedoman para pembaca dan peminat unggasan.

bottom of page