top of page

Cara Penjagaan Anak Ayam Mutiara @ Api-Api

Ayam mutiara ini selepas menetas perlu diletakan di dalam kurungan yang berlampu 60 @ 100 Watt selama 1 bulan dengan diberi makan dedak starter (Carghill @ 201C).

  • Apabila berumur sebulan, dilepaskan ke kurungan yang besar sehingga berumur 2 bulan dan diberi makan "pallet grower". Akhirnya, barulah boleh dilepaskan ke kawasan luas.

  • Di kawasan ladang perlu di buat para tempat tidur di waktu malam sama ada beratap atau tidak.

  • Ketika waktu siang, mereka akan berkeliaran di kawasan ladang dan mencari apa-apa makanan yang ada di kawasan ladang sehingga dewasa. Ini kerana mereka tidak akan lari.

  • Apabila bertelur, dia suka bertelur di kawasan semak dan perlu dikutip setiap hari.

  • Telur ayam ini lebih elok dihantar ke tempat penetasan daripada dieram sendiri kerana 1 ibu akan bertelur sebanyak 30 biji, dan jika dibiarkan menetas secara semulajadi si ibu akan menjaga anak yang baru menetas dan meninggalkan telur-telur yang lain.

  • Proses penetasan mengambil masa 33 hari. Peratus kejayaan penetasan telur bergantung kepada baka.. jika baka baik, berkebarangkalian tinggi untuk mendapat 100% penetasan.

bottom of page